langit merah
Tuesday, March 20, 2012
Wednesday, August 10, 2011
Punca Rusuhan Di Britain
Rusuhan merebak di tiga bandar Britain
LONDON, Britain - Keganasan merebak ke seluruh bandar raya ini dan sekurang-kurangnya tiga bandar lain semalam ketika polis bertempur dengan ribuan perusuh dan perompak yang memaksa Perdana Menteri David Cameron pulang ke Britain untuk berdepan dengan krisis itu.Cameron menamatkan percutiannya di Itali dan kembali ke Britain untuk mempengerusikan mesyuarat semalam dengan Jawatankuasa Kecemasan Kerajaan mengenai rusuhan itu.
Banyak bangunan dibakar di Croydon, Peckham dan Lewisham, selatan bandar ini dengan kumpulan penjarah meronda jalan-jalan raya di Hackney di timur, Clapham di selatan, Camden di utara dan Ealing di barat.
Selain bandar raya ini, rusuhan turut berlaku di bandar raya Liverpool, Birmingham dan Bristol.
Polis Scotland Yard memberitahu, ia telah mengerahkan 1,700 anggota tambahan untuk menangani kekacauan di sini iaitu yang terburuk sejak beberapa tahun lalu. Polis turut menggunakan sejumlah kereta berperisai untuk menyuraikan perusuh.
Beratus-ratus anggota polis pencegah rusuhan memasuki Hackney untuk cuba mengawal keganasan di daerah berkenaan yang terletak cuma beberapa kilometer dari lokasi temasya Sukan Olimpik 2012 yang bakal berlangsung.
Menjelang malam, pasukan polis membawa baton memaksa kumpulan belia berundur manakala penduduk tempatan yang berharap untuk pulang ke kediaman mereka tersekat di belakang kepungan polis.
Di Croydon, sejumlah bangunan di seluruh blok terbakar termasuk sebuah premis perniagaan berusia 100 tahun yang menjual perabut dengan api terus marak.
Penduduk setempat dipindahkan kerana api yang merebak manakala akhbar Guardian memetik seorang anggota polis yang berada di lokasi kejadian sebagai berkata: "Kami tidak boleh bertahan, ia semakin teruk."
Keganasan bermula pada Sabtu lepas di kawasan penempatan berbilang etnik di Tottenham, utara bandar raya ini selepas seorang lelaki kulit hitam berusia 29 tahun di tembak mati oleh polis dua hari sebelum itu.
Menurut Setiausaha Dalam Negeri, Theresa May, situasi yang berlaku di negara itu tidak pernah dilihat sejak lima tahun lalu.
"Kami perlu menamatkan dan kami perlu mengakhirinya dengan segera," katanya kepada stesen televisyen Sky News.
Menurutnya, lebih 450 orang ditangkap di London sejak rusuhan berlaku selama tiga hari berturut-turut.
Scotland Yard menyatakan, bilik-bilik penjara sudah penuh dengan para banduan di London dengan para tahanan dipindahkan ke balai polis lain.
Kira-kira 6,000 anggota polis ditempatkan di London kelmarin tetapi mereka masih gagal untuk mengekang keganasan.
Thursday, August 4, 2011
BUAT SENDIRI...MENGESAN JIN DALAM BADAN...
Di bawah ini merupakan satu petua semata-mata yang boleh
di buat sendiri oleh sesiapa juga tak kira umur atau 'masa
cuti' (...niat sebagai doa ) dan pada bila-bila masa saja...
01.Ayat yang di gunakan cuma...BISMILLAA HIR ROH MAA
NIRROHIIM...dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang...
02.Caranya...
a.Tadahkan tangan seperti berdoa dengan kedua-dua tepi
tapak tangan di rapatkan...
sehinggakan seandainya air dituang...anda dapat menakung
air...
b.Rapatkan bibir pada ke tapak tangan...dan pastikan bahawa
kalau anda membaca sesuatu...nafas anda 'jatuh bertakung'
atas tapak tangan...
c.Baca BISMILLAH....seperti di atas sebanyak 7 kali...
d.Muncungkan bibir...dan sedut nafas anda yang 'berisi'
dengan BISMILLAH....7 kali tadi dengan hujung bibir.
Cara sedutan yang lebih berkesan...
1.Tutup mata semasa menyedut...
2.Tumpukan perasaan pada gerakan nafas yang masuk...
3.Sedutan lebih panjang lebih berkesan...tumpukan per-
hatian kepada nafas yang masuk ke dalam tubuh...
4.Sedutan lebih senyap kurang bunyi nafas sedutan lebih
berkesan...
Tanpa wuduk pun boleh dibuat..tapi kalau dalam keadaan
ada wuduk...ada kelebihan dan kehebatannya yang ter-
sendiri...
5.Apabila sedutan dah penuh...tahan nafas...telan liur...
baru lepaskan nafas melalui hidung perlahan-lahan sambil
terus tumpukan perhatian ke dalam seluruh jasad anda
sendiri bermula dari kepala...turun ke leher...kedada...
ke perut dan ke hujung jari-jari kaki.
SANGAT PENTING ketika anda menyedut...sambil tum-
pukan perhatian kepada serbuan nafas ke dalam...
anda terus berzikir dalam hati...Allah...Allah...sepanjang
masa..tak perlu kira berapa kali...
03.DAN anda ingat satu formula asasnya...KALAU ADA
SEBARANG TINDAKBALAS DALAMAN..BERERTIADA
JIN ATAU ADA ANGIN JIN...seperti pening...berdebar
...rasa semut-semut...sejuk atau panas...takut...marah...
ada suara berbisik dan sebagainya..iaitu bergantung apa
yang ada dalam jasad anda...dan semuanya itu adalah ta-
nda-tanda ada gangguan jin dalam badan...
04.Untuk lebih berkesan lagi...semua langkah di atas tadi
di buat 3 kali...iaitu baca Bismillah...7x...sedut dan telan...
bacakan lagi Bismillah...7x...sedut dan telan...dan bacakan
lagi Bismillah...7x...sedut dan telan.
Kalau anda nak lebih berkesan lagi...Bismillah...pertama
di baca 33x...kedua 33x dan untuk yang akhir itu 34x...
jadi semuanya 100 kali.

SEBARANG TINDAKBALAS DALAMAN..BERERTI

Sebenarnya ada bermacam cara atau kaedah untuk mengesan
jin dalam badan. Ini salah satu kaedahnya.
Wallohu a'lam.
Wednesday, August 3, 2011
LAWAK TENGAHARI : Siapa Paling Sengal??
Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,
sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni
menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dgn niat
nak tarbiyah depa ni.
Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si
mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.
Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt
kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan".
Maka apb hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.
Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,
"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dg segera tok imam merampas mikrofon
drp Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.
Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratu l
ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x
khusyuk jgk lg..
Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat
belakang, biar saya jadi imam". Tok imam pun undur le ke belakang.
Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum
pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni
pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!". Lalu
batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.
Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan
jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang.
Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...
Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn
bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.
Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."
Tok imam pun terkedu & terpana...

Wednesday, March 23, 2011
Konflik di Libya
Gaddafi muncul........
Gaya Muammar Gaddafi semasa berucap kepada para penyokongnya. |
Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi muncul di halaman istananya kelmarin untuk menyeru rakyat Libya supaya bersedia untuk berperang sekali gus menunjukkan pemimpin Libya itu masih hidup.
“Kita tidak akan menyerah diri. Kita akan mengalahkan mereka (tentera Barat) dengan apa jua cara pun. Kita bersedia untuk berperang sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang. Kita akan menang pada akhirnya,” kata Gaddafi, dalam rakaman video menunjukkan beliau berucap di hadapan sejumlah penyokongnya di halaman istananya di Bab Al-Aziziyah di sini.
“Serangan ini yang dilakukan kelompok fasis akan tamat dalam tong sampah sejarah,” katanya.
Ucapannya itu diiringi oleh percikan bunga api di Tripoli semasa para penyokong pemimpin tersebut bersorak dan melepaskan tembakan ke udara.
Sebelum ini, nasib Gaddafi tidak dapat dipastikan selepas sebahagian istana itu musnah akibat dibedil peluru berpandu tentera bersekutu.
Pada awal semalam, stesen televisyen CNN melaporkan serangan udara tentera bersekutu dilancarkan di bandar Misrata, timur Tripoli.
Di sebalik kata-kata semangat Gaddafi, terdapat laporan bahawa pemimpin Libya itu dipercayai sedang mencari penyelesaian kepada konflik di Libya selain peperangan.
Setiausaha Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton memberitahu stesen televisyen ABC bahawa orang kanan Gaddafi telah menghubungi sekutu Libya di seluruh dunia bagi mencari penyelesaian kepada krisis di negara itu.
Penentangan rakyat terhadap Gaddafi, 68, bermula sejak 15 Februari lalu susulan kejayaan gerakan reformasi kearah pemerintahan demokrasi di Tunisia dan Mesir.
Pertempuran di antara pihak pemberontak dan tentera Gaddafi masih belum berakhir manakala tentera Barat diketuai AS campur tangan dengan menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya sejak Ahad lalu.
Zon larangan terbang itu diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Khamis lalu dengan tujuan untuk mengelak Gaddafi melancarkan serangan ke atas penduduk awam.
Tujuan AS, Britain dan Perancis menyertai zon larangan itu juga adalah untuk memastikan Gaddafi berundur daripada jawatannya
Subscribe to:
Comments (Atom)